Showing posts with label Familia. Show all posts
Showing posts with label Familia. Show all posts

Sunday, 6 October 2013

Masih Ada.

Innalillahiwainnailainiraji'uun..

Dalam pukul 4 pagi tadi di tengah kesunyian langit yang gelap, sedang aku ulangkaji Microbiology, tiba-tiba pintu bilik dikuak dengan deras. Terkejut juga. Izwa (housemate) datang meluru masuk.
" Liahh... Pak Sedara Izwa meninggal... "
Muka dia tergamam, dalam keadaan mengantuk. Seolah-olah tidak tahu nak buat apa-apa. Tidak menangis. Tapi aku nampak kekeliruan di wajahnya.
Hmm.. Pak sedara dia yang itu... Ya Allah, baru semalam, selepas makan tengahari Izwa bercerita tentang dia.
" Patutlah dia nak sangat jumpa Izwa sebelum Izwa sambung belajar.. Patutlah Izwa rasa hairan.. Pak Sedara Izwa tu rapat dengan kitorang..... " Izwa terus bersuara. " Izwa nak balik.. Izwa nak ikut mak balik Kelantan.. Tapi test.. quiz hari Selasa ni macam mana? Macam mana nak minta balik kampung.."
Kemudian, sewaktu menelefon ibunya, Izwa mengangis..
***

Bersabar Izwa.
Ya Allah.. Kau telah menimpakan musibah kematian ayah kepada Izwa baru-baru ini.. Dan sekarang Izwa dah kehilangan bapa saudara dia yang dia kasihi. Engkau berikanlah Izwa ketenangan dan ketabahan..

Hmm.. Aku beruntung..
Aku masih ada orang yang aku paling sayang kat sekeliling aku..
Aku masih ada Ayah. Dan of course Mama.
Masih ada seorang Atuk sebelah mama.
Masih ada bapa saudara..
Masih belum ditimpa musibah sebegitu.. Masih belum, kecuali 12 tahun yang lepas ; aku hilang nenek yang meninggal di Tanah Suci Makkah..

Tapi aku buat apa sementara mereka masih ada??
Berkualitikah detik waktu aku bersama mereka?
Banyak mana kah aku telah mengguriskan perasaan mereka ?
Mama pernah kata, "Laye mmolek lah ttiko ado ni.." Ketika aku bergaduh dengan ayah.

Ya, aku selaalu gaduh dengan Ayah.
Ayah selalu cari gaduh dengan aku..
Aku anak ketiga daripada 4 orang adik-beradik. Punya dua orang kakak dan seorang adik lelaki. Aku nak abang. Tapi nak buat macam mana, tak ada abang. Dan aku ada seorang adik lelaki. Kiranya aku ni anak perempuan bongsu. Yang agak 'manja' dengan ayah. Dan Ayah aku anak bongsu..

Aku suka bergurau dengan Ayah.
Tapi kadang-kadang Ayah tak faham laa...
Ayah selalu ingat aku marah
Sebab itu dia marah aku
Kemudian aku pulak yang rasa nak marah
Lepas tu Ayah marah aku balik.
*Krisis identifikasi di situ*

Main gaduh-gaduh dengan Ayah.
Ayah yang selalu merajuk dengan aku.
Lepas tu, Aku yang selalu pujuk ayah.
*Ciku cak ?*

Ayah jarang gaduh dengan kakak-kakak dan dengan adik lelaki bongsu,, hmm..
Kalau Ayah ada rasa nak marah ke tak puas hati ke dekat adik, ayah minta tolong aku. Tolong cakap dan tolong nasihat kat adik.
Jarang sekali kalau Ayah sendiri yang nak terus bagi tau adik. Ada. Tapi jarang.

Hmm,, rindu Ayah.
Bila belajar kat Universiti, Ayah juga selalu call.

Rindu.

Tak tau siapa rindu siapa sebenarnya.
Dan tak kisahlah.
Tapi bila jauh-jauh macam ni, rindu makin terasa. Sayang pun memang selalu ada dan.. membuak-buak.. (?)

Pernah suatu hari Ayah kata dalam telefon " Laa study lagi ke petang-petang ni? Pergi laa jogging round-round kat bawah.."
Automatically without hesitation, aku pergi jogging.

Pernah kat rumah, bila ayah tanya " Dik Yah saye Ayoh dok?"
Selamba Aku jawab tak, tak sayang..

Tapi,
Mestilah Liah sayang..

Ya Allah.. Aku masih beruntung punya Ayah. Housemates aku, dua orang yang sudah tiada ayah.

Agak bimbang apabila teringat Ayah cerita pasal arwah bapa dia (atuk) dulu meninggal sebab masalah jantung. Ayah tiada mak waktu masih kanak-kanak dan yatim piatu ketika bergelar mahasiswa. *** Na'uzubillaah!!!

Ya Allah.. Aku mohon letakkanlah kami sekeluarga di bawah perlindungan-MU. Ya Allah, kasihilah dan sihatkanlah mama dan ayah aku dan panjangkan lah umur mereka..

Hmm.. Kehilangan
adalah suatu kemestian..
Cuma masa yang berbeza.
Tidak dapat bayangkan jika aku mengalami nasib yang sama..
Dan sama ada aku atau mereka yang pergi dulu..

Adakah aku bersedia ???

Liah saaaayangg Mama. Liah sayaaanggg Ayoh jugak..  <3 

Nak peluk Ayah sekarang.. Nak cium pipi kanan kiri mama sekarang... Hmm.. :(

P/s : Semoga Allah selamatkan urusan pengebumian arwah bapa saudara Izwa.. Selamatkan dan lancarkan segala-galanya...
Al-Fatihah.

Wednesday, 8 May 2013

Perhentian Island

Salam.. Saja nak tulis-tulis.. Lama x menulis, and nak relaxkan minda dan hati dari kelodak-kelodak jiwa dan konflik negara.. Apa akan jadi negaraku Malaysia? Semoga Allah lindungi bumi ini dari pemimpin yang berstatus dajjal laknatillah nauzubillah yang memporak-perandakan sehingga penghuninya bermusuh-musahan, memaki caci dan menunding jari sesama sendiri... :(

***
Ok. Relax kejap.. :) Nak imbas kembali jalan-jalan kali kedua kat Pulau Perhentian 19 -20 Mac lalu (kali pertama tahun 2009). Mana tau jadi cadangan untuk sape-sape yang tengah nak pegi makan angin skang ni..

Naik speedboat. lebih kurang 1 jam kot..
Kitorang duk kat Pulau Kecil
The Reef Resort

Setelah merentas Laut China Selatan sejauh beberapa kilometer dari Pulau Kecil, sampailah kita di isolated island ini... hehehe.. Subhanallah, cantik kan?

Usaha nak amik gambar underwater pakai camera biasa yg diletak dalam plastik.. Haha.. 

Found NEMO! Brother Boat yang amikkan..
Snorkel time !
I was (and will always?) phobia of sharks... O.o
Dah macam apa dah...
Beautiful corals and sea creatures..

ni tempat lain pulak.. tengah2 laut.. Mama berani gila turun,ombak punya lah kuat-so saya tak nak ambik risiko hanyut di laut..
Ikan yang galak :D
First time jumpa anak penyu.. Hehe.. Anak penyu ni selalu je pandang ke laut.. Mungkin dah naluri diorang: lepas menetas terus masuk laut.. Tapi, emm.. mungkin pemilik anak penyu ni nak suruh diorang besar sikit kut, baru nak lepas.. :')
First time nampak monyet spesies ni..
Mat Salleh : Weird (memerhari dengan penuh minat)
MInah Saleh : Amazing..
Jumpa keluangman...

Kayaking- huih first time jugak ni.. Best!! I like..

Ayah and Mama
Peace yo


I love speedboat :)










Sunday, 24 February 2013

First Entry for 2013


Assalamualaikum. Just to carve the memories here.

28/1/2013 : Happy Birthday, my twin. Farewell to teenage hood, we are now adults. Alhamdulillah.

 Chocolate indulgence from Ayoh Yo and Chu Una. Written on the cake : Happy birthday & Happy anniversary. Yeah, it was Che Long and Ayah Ki 's anniversary =]  Thanks to everyone. 


Me and my cousins. My friend thought I was in a kindergarten, becoming a baby-sitter.

p/s: Congratulations to my lil brother. Managed to enrol himself in KISAS. Registration was on 29/1/2013. That's why at that time my mom, dad and Akmal was here (In Selangor)
Dad bought me (and my sisters) each of us a pepper spray, which I never thought that thing is quite expensive. Thank you :)

# I'm the sprouting bean, in the process of maturation. 


Sunday, 9 September 2012

homesick

rumah..rumah.. rindu rumah...  rindu mama, rindu ayoh, rindu twinn,,,rindu kakak, rindu kema, rindu kucing, rindu sekolah, rindu zaman dulu.. rindu rindu... nak balik rumah, aduh aduh..tak tahan...

i got nausea and lost of appetite for last 5 days..

Friday, 9 March 2012

Mama beli mesin jahit..! Wee~

Assalamualaikum~

Hari Ahad lepas mama pergi Tesco. Actually, tak tahu pun mama pergi Tesco, sebab yang saya tahu mama keluar nak jemput Akmal balik sekolah. Tetiba jea mama telefon, Kamilah yang angkat. Mama tanya nak beli mesin jahit tak?


Saturday, 11 February 2012

Chatbox tu Akmal yang suruh buat.

Adik saya, Akmal suruh saya buat Cbox. Saya tanya dia apa tu? Cbox-Cbox... Mula-mula dengar macam 'sibuk-sibuk' ke apa. Saya tanya balik, nak buat apa? Dia cakap, nanti boleh chat2 masa saya duk kat U nanti... Wah.., hehe, InsyaAllah...

Friday, 3 February 2012

Tukarkan api amarah jadi bara semangat !

Assalamualaikum warohmatullah wabarokatuh<3.

Saya akan berkongsi satu kisah pendek tapi benar yang boleh diambil teladan.

Pada zaman dahulu, (bukan dahulu kala sangat pon) persekolahan berjalan seperti biasa. Beratapkan rumbia berlantai tanah, murid-murid berseluar pendek itu tekun belajar. Tetapi hari itu lain sedikit kerana ada lawatan dan pemeriksaan hospital terhadap anak-anak muda itu.

Monday, 30 January 2012

Kisah Kelahiran Kami Si Kembar (Part II)

Assalamualaikum, bertemu kembali sambungan Kisah Kelahiran Kami Si Kembar...

Segala persediaan untuk deliver Caesarean telah dipersiapkan secara rapi dan teliti untuk mengurangkan risiko komplikasi. (Ceyy, mana tahu?). Hari Khamis sudah bertukar hari Jumaat 28 Januari 1994 yakni bersamaan 16 Syaaban 1414.

Saturday, 28 January 2012

Kisah Kelahiran Kami Si Kembar

Saya sayang kembar saya
Assalamualaikum wbt.!

Kami dah 18 tahun!! Tua sudah... Insurans untuk kanak-kanak pun dah tamat, kad pengenalan dah pun perlu diperbaharui. Entah kenapa, takut jugak rasanya dah besar ni. Banyak lagi yang saya akan tempuhi, kat depan nun banyak lagi ranjau dan duri yang bersembunyi di sebalik semak samun. Rasa macam ini baru permulaan, macam bayi baru lahir versi baharu. Harap-harap dipermudahkan laluannya nanti, semoga Allah melindungi kami sentiasa daripada kaca-kaca tajam dan membantu kami melangkah di kawasan yang berliku-liku itu hendaknya.. -Inni 2akhof wa ma 2ana 2ahzan bi haza 3umri falhamdulillah wa 2ana jau3a li 2ihsanuka ya Allah... Officially saya dan kembar dah memang bukan budak sekolah lagi. Unless, kalau masuk form 6, ambil STPM.