Thursday 6 August 2015

Sem 4 Highlights

Salam, hi cuti semester. Tengah sorting gambar tadi, banyak rupanya plot untuk sem 4 walaupun sekejap je tempoh semester ni.

Sem 4 (Feb-Jul 2015) paling best, sebab makin rapat dengan kawan sekelas. Tak kira dengan sape masuk je, geng kak nida, geng rumah suha, geng teratak geng rumah fyda. Dengan Genko (geng kolej) yang 6 orang ni pulak bertambah-tambahlah rapat. Kalau bab outing, kami dah sama-sama luaskan empayar pemanduan kereta ke Bangi sana.. hmm good progression. Many traffic experience. Saayang genko. True colours masing-masing memang muncul perlahan-lahan; yang tak elok terima seadanya, yang elok tu jadi shield yang buat kita sayang. Dengan group lab pun semakin dapat paham perangai masing-masing. Kalau dulu ingat camni camtu sombong lah garang lah kasar lah, tapi bila dah kenal ni ya Allah lembut funny and adorable sangat diorang ni :)

Sebelum masuk sem 4 punyalah tak mau involve dengan apa-apa aktiviti society sebab nak fokus study je. Tapi 'terkene' pulak sebab takde orang lain nak. Jadi SU ni memang dari sekolah lagi. Tolonglah dah muak dengan kertas and typing. Dah penat. Nak kene berkenalan dengan ahli organisasi lagi hai tetiba masuk terus ajk tertinggi ni pehal huih kekok nak bersemuka dengan senior-senior. Ni dalam senyap tengah usha sape junior yang boleh ganti. Dah nampak dah sape. Dah nampak. Lagi sorang lagi utk naib.

Mama banyak kali jgk jenguk kat Palam ni. Dan masa cuti gawai tu pegi mana lagi Teluk Kemang lah hehe, kali ni cerap bulan penuh and Saturn guna telescope Ritchey Chretien. Pastu ayah pun datang sebab hantar adik ke asasi engineering. Waduh ada adik kat sini seronok jugak. Tapi adik pulak, sakit lutut kesian hari-hari kene guna bas, tak guna tangga tu. Nanti budak asasi kena pindah Dengkil. Sedih lah nanti.

Aktiviti. Sem ni batch buat Dinner je lah. Tapi ada sukan OAC dgn FEMOS tu. Cam busy sikit. Pastu tak lain lagi busy meeting. Hm.. pfc pun dah berenti. Tapi still rindu dengan dorang. Sem 4 ni buat report je kerja. Habiskan skill test CO3 CL2, menghadapi Dispens 1 dengan selamat, dan esaimen yang lain tu. Tup-tup final 7 paper daripada 8 subjects. Masha Allah sedihnya BV...... :( Ya Allah tolong aku...

Ingatkan sem 3 yang paling haru biru, tapi sem 4 lagi horror dengan banyak subject core dan final dia rapat 4 paper no gap dengan takde study week nya. Sem 3 busy sebab banyak handle events je, Orentasi, Icare, Family day. Program-program ni yang buat kami satu batch makin akrab. And subjek core masa sem 3 pun 6 je daripada 9 subjek tu. Sem 5 yang mendatang ada lagi dua program besar. Dah macam ambik double degree skali gus pulak;- Optometry and Event Management (?). haha. Semoga mendapat keberkatan-Nya. Amin. Alhamdulillah

Ok ni ja.

Hai sem 5 hai Third Year hai clinical year, hai kalut cari real patients, hai semua hai hai hai hai.
Kalo difikirkan memang nerveous. Takut tak mampu. Ya Allah permudahkanlah semuanya.

p/s: banyak sangat gambar sampai tak tau nak share mana satu.