Showing posts with label heARTnOte. Show all posts
Showing posts with label heARTnOte. Show all posts

Saturday, 20 December 2014

Lalang

Berdesir bunyi pasir
Berderu bunyi bayu

Tiada penopang,
tongkat mahupun batang.
Berdiri kerana tumbuh.

Berhembus angin dari sisi
Liang liuk ke tepi.
Lagi sekali angin ke mari
Bengkok pula ke sebelah lagi.

Bila mahu kau tumbuh kukuh seperti pohon?
Tegap dan utuh.
Bergoyangnya tenang.

Kembali berdiri kerana sunyi
walau sedikit payah.
Tika tiada sang badai.

Meliar mencari identiti.

Tumbuh kau memang begitu
Mengikut tiup sang bayu

Namun jauh di dasar kau punya pendirian
tapi tidak dipancarkan.

Tiba masa menetapkan pandangan
Tiba masa prinsip dikukuhkan

Agama Allah hanya panduan.
Bulatkan.

Lalang dihembus tidak patah.

Kolam Basah 8. UiTM Puncak Alam

Wednesday, 28 May 2014

Sombong. Sedar ?

Sombong bicara dosa mereka,
Lancang berkata-kata,
kesat bersuara.

Takbur diri tidak berasa;
Refleksi cermin indah belaka,
Malaikatlah dia umpamanya!

Maghfirah Allah bagaikan dilupa.
Hidayah Allah tak kenal siapa.

Telah diampunkan dosa mereka;
Sedangkan diri di takuk lama,
bahkan banyak yang Allah murka!

Sekali tergelincir jatuh ke lembah durjana.

Siapakah dulu kononnya mulia ?
Siapakah sekarang yang lebih mulia ?
Hanya Allah berhak menghakimi semua.

Na'uzubillahiminzaalik wastaghfirullahal'azim....

Monday, 15 July 2013

Garu Gatal ??

Gatal-gatal.
Nikmatnya ketika digaru.
Namun makin digaru
makin kulit meminta digaru
Nikmatnya sementara.
Kulit
menjadi mangsa.

Sebagaimana nikmatnya kulit digaru saat gatal,
beringatlah ia 
akan risiko komplikasi yang lebih buruk.
Nanah?
Jangkitan?
Parut?
Implikasinya lebih lama,
lebih parah.

Begitu juga kehidupan manusia berkemahuan
saat pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Sungguhlah nikmat apabila meluahkan perasaan.
Sungguh nikmat, tanpa memikirkan kesan.
Akhirnya ramai terseksa.
Seumur hidup penyesalan.

Kalau gatal, jangan garu. Jika tidak makin gatal bernanah dan berparut. 
Kalau bergaul harus ada malu. Hindari pergaulan bebas, jaga mata, hati dan mulut.

Tahanlah gatal penjarakanlah nafsu.

Monday, 1 July 2013

Hati Rapuh


Angin sepoi-sepoi dingin
menyapa sekuntum hati
Tenang letaknya
bergoyang kini
Kembang berbunga

Wednesday, 31 October 2012

Moon in The Gloom


When the day lost the light,
Mankind call it night.

Gloomy sky..
Darkness is darkness
to those who don't have shame or shy,
Hopeless to build hope;
No guts and always with buts;

Tuesday, 23 October 2012

Sunday, 9 September 2012

Get outa my_!!!

it was a closed door,
yeah i closed it,
but the thing manage to get in,

Thursday, 26 January 2012

Fursoh


Fursoh is always there, anywhere.
We can find it here, there and everywhere,
sometimes we can see fursoh, but sometimes we can't,
sometimes we can just feel, and hear,