Monday, 1 July 2013

Hati Rapuh


Angin sepoi-sepoi dingin
menyapa sekuntum hati
Tenang letaknya
bergoyang kini
Kembang berbunga
berbau harum
Hilanglah bahang
pergolakan sanubari
Sungguh indah tika ini ya Ilahi.

Sinar yang dicari
terasa ditemui
Terasa fitrah menyergah
agar mahmudah makin terserlah
Tersangka diri sudah berhijrah

Masa berlalu
Jalan berliku
Jauh terpisah
Masing-masing berlainan arah
Dugaan datang menerjah
Atma kian menyerah

Perlahan pelita terlepas dari genggaman
Perlahan gelita melintas halaman taman
Perlahan-lahan nawaitu dilupakan

Bunga-bunga di situ
semakin layu
Terasa layu
Saki-baki iman diseru

Di mana cerlang sebenar?
Di mana air bersih semoga hati kembali segar?
Moga sentiasa mekar
dan teguh dengan Ad-Din Mu ya Allah

Hati rapuh hamba-Mu
tiada tidak mahu istiqamah.


Semoga Ramadhan bersinar penuh barakah.
*Salam Ramadhan*

No comments:

Post a Comment