Berdesir bunyi pasir
Berderu bunyi bayu
Berderu bunyi bayu
Tiada penopang,
tongkat mahupun batang.
Berdiri kerana tumbuh.
tongkat mahupun batang.
Berdiri kerana tumbuh.
Berhembus angin dari sisi
Liang liuk ke tepi.
Lagi sekali angin ke mari
Bengkok pula ke sebelah lagi.
Liang liuk ke tepi.
Lagi sekali angin ke mari
Bengkok pula ke sebelah lagi.
Bila mahu kau tumbuh kukuh seperti pohon?
Tegap dan utuh.
Tegap dan utuh.
Bergoyangnya tenang.
Kembali berdiri kerana sunyi
walau sedikit payah.
Tika tiada sang badai.
walau sedikit payah.
Tika tiada sang badai.
Meliar mencari identiti.
Tumbuh kau memang begitu
Mengikut tiup sang bayu
Mengikut tiup sang bayu
Namun jauh di dasar kau punya pendirian
tapi tidak dipancarkan.
tapi tidak dipancarkan.
Tiba masa menetapkan pandangan
Tiba masa prinsip dikukuhkan
Tiba masa prinsip dikukuhkan
Agama Allah hanya panduan.
Bulatkan.
Bulatkan.
Lalang dihembus tidak patah.
![]() |
Kolam Basah 8. UiTM Puncak Alam |
No comments:
Post a Comment