Sunday, 6 October 2013

Masih Ada.

Innalillahiwainnailainiraji'uun..

Dalam pukul 4 pagi tadi di tengah kesunyian langit yang gelap, sedang aku ulangkaji Microbiology, tiba-tiba pintu bilik dikuak dengan deras. Terkejut juga. Izwa (housemate) datang meluru masuk.
" Liahh... Pak Sedara Izwa meninggal... "
Muka dia tergamam, dalam keadaan mengantuk. Seolah-olah tidak tahu nak buat apa-apa. Tidak menangis. Tapi aku nampak kekeliruan di wajahnya.
Hmm.. Pak sedara dia yang itu... Ya Allah, baru semalam, selepas makan tengahari Izwa bercerita tentang dia.
" Patutlah dia nak sangat jumpa Izwa sebelum Izwa sambung belajar.. Patutlah Izwa rasa hairan.. Pak Sedara Izwa tu rapat dengan kitorang..... " Izwa terus bersuara. " Izwa nak balik.. Izwa nak ikut mak balik Kelantan.. Tapi test.. quiz hari Selasa ni macam mana? Macam mana nak minta balik kampung.."
Kemudian, sewaktu menelefon ibunya, Izwa mengangis..
***

Bersabar Izwa.
Ya Allah.. Kau telah menimpakan musibah kematian ayah kepada Izwa baru-baru ini.. Dan sekarang Izwa dah kehilangan bapa saudara dia yang dia kasihi. Engkau berikanlah Izwa ketenangan dan ketabahan..

Hmm.. Aku beruntung..
Aku masih ada orang yang aku paling sayang kat sekeliling aku..
Aku masih ada Ayah. Dan of course Mama.
Masih ada seorang Atuk sebelah mama.
Masih ada bapa saudara..
Masih belum ditimpa musibah sebegitu.. Masih belum, kecuali 12 tahun yang lepas ; aku hilang nenek yang meninggal di Tanah Suci Makkah..

Tapi aku buat apa sementara mereka masih ada??
Berkualitikah detik waktu aku bersama mereka?
Banyak mana kah aku telah mengguriskan perasaan mereka ?
Mama pernah kata, "Laye mmolek lah ttiko ado ni.." Ketika aku bergaduh dengan ayah.

Ya, aku selaalu gaduh dengan Ayah.
Ayah selalu cari gaduh dengan aku..
Aku anak ketiga daripada 4 orang adik-beradik. Punya dua orang kakak dan seorang adik lelaki. Aku nak abang. Tapi nak buat macam mana, tak ada abang. Dan aku ada seorang adik lelaki. Kiranya aku ni anak perempuan bongsu. Yang agak 'manja' dengan ayah. Dan Ayah aku anak bongsu..

Aku suka bergurau dengan Ayah.
Tapi kadang-kadang Ayah tak faham laa...
Ayah selalu ingat aku marah
Sebab itu dia marah aku
Kemudian aku pulak yang rasa nak marah
Lepas tu Ayah marah aku balik.
*Krisis identifikasi di situ*

Main gaduh-gaduh dengan Ayah.
Ayah yang selalu merajuk dengan aku.
Lepas tu, Aku yang selalu pujuk ayah.
*Ciku cak ?*

Ayah jarang gaduh dengan kakak-kakak dan dengan adik lelaki bongsu,, hmm..
Kalau Ayah ada rasa nak marah ke tak puas hati ke dekat adik, ayah minta tolong aku. Tolong cakap dan tolong nasihat kat adik.
Jarang sekali kalau Ayah sendiri yang nak terus bagi tau adik. Ada. Tapi jarang.

Hmm,, rindu Ayah.
Bila belajar kat Universiti, Ayah juga selalu call.

Rindu.

Tak tau siapa rindu siapa sebenarnya.
Dan tak kisahlah.
Tapi bila jauh-jauh macam ni, rindu makin terasa. Sayang pun memang selalu ada dan.. membuak-buak.. (?)

Pernah suatu hari Ayah kata dalam telefon " Laa study lagi ke petang-petang ni? Pergi laa jogging round-round kat bawah.."
Automatically without hesitation, aku pergi jogging.

Pernah kat rumah, bila ayah tanya " Dik Yah saye Ayoh dok?"
Selamba Aku jawab tak, tak sayang..

Tapi,
Mestilah Liah sayang..

Ya Allah.. Aku masih beruntung punya Ayah. Housemates aku, dua orang yang sudah tiada ayah.

Agak bimbang apabila teringat Ayah cerita pasal arwah bapa dia (atuk) dulu meninggal sebab masalah jantung. Ayah tiada mak waktu masih kanak-kanak dan yatim piatu ketika bergelar mahasiswa. *** Na'uzubillaah!!!

Ya Allah.. Aku mohon letakkanlah kami sekeluarga di bawah perlindungan-MU. Ya Allah, kasihilah dan sihatkanlah mama dan ayah aku dan panjangkan lah umur mereka..

Hmm.. Kehilangan
adalah suatu kemestian..
Cuma masa yang berbeza.
Tidak dapat bayangkan jika aku mengalami nasib yang sama..
Dan sama ada aku atau mereka yang pergi dulu..

Adakah aku bersedia ???

Liah saaaayangg Mama. Liah sayaaanggg Ayoh jugak..  <3 

Nak peluk Ayah sekarang.. Nak cium pipi kanan kiri mama sekarang... Hmm.. :(

P/s : Semoga Allah selamatkan urusan pengebumian arwah bapa saudara Izwa.. Selamatkan dan lancarkan segala-galanya...
Al-Fatihah.

3 comments:

  1. Nak tanya , awk ambik kos dip mikrobiologi ke ? Saya ambik kos tu dan sangat berminat nak masuk opto . Pointer berapa ek nak dapat kos degree opto?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. saya daripada asasi. Ada je senior daripada diploma Microbiology masuk Optom. Jom lah join warga Optometry pulak !. pointer.. 3.70 above tu insyaAllah boleh. letak la first choice. Dalam satu batch ada la 27 - 35 org :D btw, sorry lmbat balas

      Delete
    2. Tak. saya daripada asasi. Ada je senior daripada diploma Microbiology masuk Optom. Jom lah join warga Optometry pulak !. pointer.. 3.70 above tu insyaAllah boleh. letak la first choice. Dalam satu batch ada la 27 - 35 org :D btw, sorry lmbat balas

      Delete