Bismillahirrahmanirrahim...
Kepada Awak.
Susah hatinya dia bila tau awak tak beli tiket lagi waktu dulu-dulu.
Susah hatinya dia bila dia dapat tahu awak akan datang KL sorang-sorang.
Tahukah awak, berbulan-bulan dia teruja, lega, gembira apabila dapat tahu awak dapat kursus sama dengan dia, dan akan duduk sama-sama nanti?
Tahukah awak dia berkeras nak tunggu awak semata-mata nak sebilik dengan awak, sebab awak kata awak akan lambat dan dia pula sampai awal dan tak sempat sarapan pun ? Sedangkan mama dia pada awalnya suruh dia mendaftar dulu..
Tahukah awak dia dan family dia sabar tunggu awak macam apa, di tengah-tengah ratusan orang ramai yang datang mendaftar?
Tahukah awak dia dan family dia sabar tunggu awak macam apa, di tengah-tengah ratusan orang ramai yang datang mendaftar?
Cuma saya nak tahu awak suruh dia tunggu awak kah ?
Tahukah awak mama dia punyalah berhati-hati mengatur apa yang perlu dibuat setelah awak tiba dan dia susah payah tolong beratur untuk awak, sebab manusia beratur panjang berjela-jela, berjam-jam dengan cuaca panas serta lapar, hanya sebab dia betul-betul mahu tinggal sebilik? Oh ya, dengan seorang lagi kawan yang awak nak duduk sebilik sekali jugak, kan? Kawan awak yang itu juga tahu payah dia menunggu awak tadi.
Dan tetiba situasi macam tak boleh buat korang bertiga tinggal sekali. Sebab bilik untuk dua orang sahaja. Dan tanpa berfikir mungkin, awak dengan bersemangat menarik tangan kawan yang seorang lagi, depan dia. Dia yang beratur panjang tadi pula awak tinggalkan sorang-sorang. Awak buang dia kah? Sebab apa? Sebab paling utama, bilik untuk dua orang. Atau sebab dia kurang alim dari kawan awak yang sorang lagi? Atau sebab kawan awak tu lebih pandai dari dia atau apa?? Itu tidak sepatutnya, tapi bimbinglah kami ! (tengok, orang beremosi selalu fikir bukan-bukan)
Sebab itulah,
Sekurang-kurangnya datanglah beri kata dua. Sekurang-kurangnya pujuk dan bagi semangat sikit-sikit. Sekurang-kurangnya minta maaf kerana rancangan awal tak menjadi. Sekurang-kurangnya ucap terima kasih kat dia kerana kalau bukan sebab dia tolong beratur untuk awak, awak juga tak akan dapat duduk sebilik dengan kawan awak yang sorang lagi tu, bahkan mungkin kawan awak yang sorang lagi tu yang duduk sebilik dengan dia kalau dia tak tunggu dan beratur untuk awak.
Sebab itulah,
Sekurang-kurangnya datanglah beri kata dua. Sekurang-kurangnya pujuk dan bagi semangat sikit-sikit. Sekurang-kurangnya minta maaf kerana rancangan awal tak menjadi. Sekurang-kurangnya ucap terima kasih kat dia kerana kalau bukan sebab dia tolong beratur untuk awak, awak juga tak akan dapat duduk sebilik dengan kawan awak yang sorang lagi tu, bahkan mungkin kawan awak yang sorang lagi tu yang duduk sebilik dengan dia kalau dia tak tunggu dan beratur untuk awak.
___
Tahukah awak dia menangis dan mumble sambil isi borang-borang?
Awak buat apa bila dia duduk bersandar di dinding termenung?
Awak buat apa bila dia duduk bersandar di dinding termenung?
Tahukah awak dia hati dia sakit sangat, sedangkan awak lega mendapat apa yang awak nak?
Tapi saya rasa awak tak tahu semua tu. Bahkan mungkin tak perasan pun awak buat dia rasa terbuang !
Dia pula kata awak tak ada niat..
___
Tahukah awak dia termenung fikirkan hal ini. Betapa kecewanya kembarku ini !
Sampai beg tangan pun boleh tertinggal kat tandas surau stesen minyak, sebab bercelaru sangat !
Tapi Allah Maha Kaya, dijumpai semula dengan selamat.
Sekali lagi, aku tertanya-tanya tahukah awak dia sangat kecewa...
___
Awak seorang pengamal BFFB 'Best Friend for Benefit' kah ?
Yang dulu selalu tolong, beli tiket dan mendengar tika awak menangis kerana kisah itu. Kisah itu, saya juga tau.
Atau wujud sistem ranking kawan ya dalam diri awak?
Tak mahu kawan yang awak rasa lokek kalau ada kawan lain yang lebih molek?
Yang dulu selalu bersama, ketika sama-sama masih mentah di alam asasi.
Hah dah ada kawan lain kan. Kalau tak ada cari dia.
Ya, dia kawan yang setia. Setia dan ingatkan awak juga sama !
____
Maaf kerana menulis post ini !
Cubit peha kiri peha kanan terasa... Lebih-lebih lagi kami kembar.. Memang saya sangat-sangat rasa pedihnya hati niii... You mess with her, you mess with me too!
____
Dia tak tahu pun saya tulis pasal ni. Asyik-asyik kata awak tak sengaja..
Tapi tahukah awak apa yang dia rasa??!!!
Tak apalah, dia OK, dia sudah BESAR.
Isu tinggal sebilik je pun. Tapi Allah tunjukkan untuk dia siapa awak sebenarnya, taksiapa yang boleh kita bergantung harap, selain Dia yang Esa. Dan tak boleh beri muka macam dulu lagi, namun itu juga bergantung kepada dia.
____
Hmm,
Baik-baiklah bersahabat. Biar sampai ke syurga.
#saya bukan senang nak kecil hati dengan orang, selalunya buat tak endah je, bak kato ore kelate : tak bubuh pperut pun,, tapi bila melibatkan kembar saya, humm..
I shud add something important ere, please jgn kutuk siapa2..just nak suruh ambil pengajaran jea..
No comments:
Post a Comment