Sunday, 11 August 2013

hantuk kantuk #1 : AMANAH

beb mana kau? turun discussion ni.
-x balas msg-

beb giliran ko pulak wat ni. ke ko ada idea tambahan?
- ALA AKU TAK PANDAILA. KO LA BUAT. KO KAN PANDAI. -

beb smalam aku dah siapkan dah report aku untuk group kita, sengsorang kot.tunggu ko bejanggut lah aku. report ko punya da siap belom?
- HA CAYALAH KO. BAK SINI PINJAM, YE . . . . . .*AIK, TETIBA
MARKAH AKU LAGI TINGGI LAK. TUAH BADAN~-

beb ko yang nak antarkan assignment aku kan semalam? asal miss blacklist aku. dia kata aku tak antar.
- NTAH, ADA ORANG NAK PINJAM KO PUNYA MASA AKU NAK ANTAR TU. AKU BAGI JE LAH -

beb ko bagi-bagikan je la duit tu kan senang.
- AKU RISAU KALAU AKU BAGI-BAGI DUIT NI, KORANG GUNA UNTUK BENDA LAIN. SEBAB MA'AM AMANAHKAN DUIT KAT AKU, DUIT NI, BUAT BELANJA KORANG MAKAN. -

Heh.
Pandai pula bercakap soal amanah.
Amanah, bukan saja berupa wang atau leadership.
Tapi memastikan kerjasama diri dan memainkan kemenjadian watak dalam group discussion juga adalah amanah.

Lemme paste ere few things regarding amanah, just so we're clear :

Dari segi nilai dan akhlak, amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. In other word, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang, yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sempurna, ia merasa tenteram, aman, terselamat dan harmonis (Mohd Nakhaie Hj. Ahmad 1996:2).

"Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya"” (Riwayat At-Tabrani)

#Sekecil-kecil kawan mintak tengok-tengokkan lappy sebab nak gi toilet pun amanah, apatah lagi yang nyata, iaitu terima tugas atau jawatan. Macam orang yang kutip duit, duit yang dikumpulkan mestilah digunakan sebaik-baiknya, semata-mata kepentingan kumpulan kerana kita diberikan kepercayaan.. And of course juga sebagai member group pun amanah, tanggungjawab kita tu nak bagi siapkan kerja berkumpulan, mainkan peranan masing-masing, tak elok susahkan ahli yang lain . . .
# Cer baca balik dialog kat atas tu (misal je, tapi common) .. kalo difikirkan setiap hal kita perlu beramanah.. Dan dah kita tau, amanah tu kan salah satu daripada sifat Nabi Muhammad SAW (siddiq, amanah, tabligh, fatonah) so lets strive to be an Amanah person, ikut sifat nabi <3 Dan lawan amanah adalah khianat, Nauzubillah . . .

P.s - In less than 3 weeks, I'll be in degree life. Harap dapat jumpe coursemate yang semua baik-baik belaka, lecturers pun baik-baik jugak, nak mintak tunjuk ajar ni, saya budak baru nak masuk degree.. huhu.. Amin! #sorry andai terkasar bahasa :)

Wallahu'alam.

Sekadar gambar hiasan.

No comments:

Post a Comment