Thursday, 2 February 2012

Cara membaca surah dalam solat

Assalamualaikum.

(Sekadar gambar hiasan)
Saya yakin sudah pasti ramai orang sudah mengetahui cara membaca surah dalam solat. Namun begitu, pasti juga ada yang belum mengetahuinya kerana perkara ini tidak berapa dititikberatkan sewaktu diajar di sekolah atau mungkin juga tertinggal untuk diberitahu. Ketidakmakluman ini berterusan kerana biasanya kita membaca surah secara senyap dan tidak didengari oleh orang lain untuk diperbetulkan caranya. Tambahan pula, untuk bertanya, tidak pula mengetahui apa untuk ditanya kerana menganggap sudah melakukan semua yang sudah diajar oleh para guru. Besumberkan majalah solusi, marilah kita sama-sama pastikan caranya..



Sekiranya solat bersendirian, harus membaca surah apa-apa sekalipun, tidak kira panjang atau pendek mengikut kemampuan masing-masing.

Jenis Surah yang perlu dibaca :

Nabi Muhammad SAW tidak menentukan mana-mana solat dengan surah tertentu kecuali solat Jumaat, Aidilfitri dan Aidiladha sahaja. Justeru, surah apa-apa pun bebas dibaca bagi solat fardu.

Kaedah bacaan :

Rasulullah SAW membaca surah dengan menghabiskan satu surah dalam satu solat sama ada panjang atau pendek. Kadang-kadang, baginda juga menggunakan dua rakaat bagi menghabiskan satu-satu surah agar tidak terlalu panjang. Ada kala baginda juga membaca awal, tengah dan akhir surah. Baginda juga memanjangkan solat Subuh kerana bacaan ketika itu dipersaksikan oleh para malaikat. (Al-Mughni, jil.2, halaman 42)

Membaca Surah Mengikut Tertib Surah :

Semasa solat, lebih elok membaca surah mengikut tertib susunan surah Al Quran (bukan mengikut susunan Muqaddam). Hal ini kerana susunan itu datang daripada Allah SWT, malah terdapat athar yang menunjukkan kurang elok mengabaikan susunan tertib surah ini sebagaimana disebutkan daripada Ibn Mas'ud : "Sesungguhnya, ditanyakan kepada Umar al Khattab RA berkenaan mereka yang membaca alQuran tidak mengikut susunan (dalam solat)". Jawab Umar : "Itulah orang yang terbalik hatinya."
Bagaimanapun, jika ada yang membaca tidak mengikut turutan, ia tidaklah haram. Perkara ini jelas daripada sebuah dalil yang menunjukkan Nabi sendiri pernah membaca tidak mengikut susunan. Oleh itu, mengikut tertib ini kekal sebagai perkara yang digalakkan dan sunat sahaja.

=] <3 Alhamdulillah


No comments:

Post a Comment