Thursday, 24 July 2014

Done First Year Bachelor Of Optometry (Hons)

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan 1435

Alhamdulillah syukur kepada Allah, walaupun masih tidak percaya Tahun Pertama sudah habis..
Tak ada lagi nak manja-manja. Tak ada lagi jadi yang paling bongsu. Kami Batch 8 bakal menempuhi Tahun kedua dan bakal mendapat adik-adik junior yang baru.., dah jadi senioorrr....Uuuuuuu

Ah haa.. Alhamdulillah Alhamdulillah lagi sekali, tak percaya dapat harungi tahun pertama ijazah terutamanya Semester kedua yang sangat tough rasanya bagi aku. Tak percaya dapat tempuhi dan tamatkan Final Exam semester dua dengan selamat tanpa kesulitan, walaupun sebelum exam itu aku tidak rasa aku mampu apatah lagi bersedia..
Namun Alhamdulillah. Berkat Allah Taala di bulan Ramadhan juga..

Dengan itu, aku nak ukir lah jugak apa yang telah aku lalui sepanjang Tahun Pertama bergelar pelajar Optometri UiTM. Sebagai kenangan terindah. Wah.. Skema gila ayat. . ;)

SEMESTER 1 (FIRST YEAR) (September - Disember)

Okay, seingat aku perasaan awalnya aku sebagai pelajar optometri adalah tiada perasaan tapi mencari semangat dan buat-buat bersemangat supaya family juga bersemangat.. haha. Masa mula-mula masuk dulu, kawan yang awal-awal 'kenal' dulu adalah Piji dan Fitri, dpt dari facebook. Kenal macam tu jelah. Haha tak sure nak letak prefix 'Abe' ke tak kat Piji sebab dia lagi tua dari aku. Fitri pulak konpius lelaki ke perempuan sebab DP gambar kucing. Tapi ternyata dia seorang perempuan yang cantik lepasan PASUM. Then masa daftar dan MDS tu, dapat kawan baru, Diba. Masa sem 1 tu berkepit dengan Diba lah selalu. Hehe. Diba ni muda-muda lagi dah berniaga bidang pakaian. Haa.. sila-sila lah melawat instagram deebeedeecloset ye. Fesyen ohsemm lah.

Minggu pertama lecture, tak ada apa sangat. I am still wondering, apa lah first impression new classmates dulu dekat aku. Hehe... Masih ingat siapa lecturer pertama yang masuk. Sir Saiful. Haa.. beliau lah lecturer pertama yang masuk, mengajar kami Optics. Pada pendapat aku lah, he was the first one to 'see' us, to gave us idea about the optometry, he tried to make our mind think and make our hearts firm on optometry. Beliau ni macam bagi harapan lah dekat kami yang terpinga-pinga tak dapat sambung medik ni, bahawa optometry tu ada masa depan. Eh ye ke Sir cakap camtu?? Kind of laaa.
Hari kedua lecture, aku tak hadir kelas, missed dah sehari lecture Mandarin. Aku sakit perut. Diarrhoea. Muntah-muntah. Suspect food-poisioning mula-mula, tapi jumpa doktor kat klinik di Saujana Utama, doktor cakap aku ada gastrik. Bila ada gastrik, senang kene food poisioning.. Oooo.. ye ke. And then kena cuucuk_

Then, orientasi. Still rasa awkward berkawan, belum dapat nak 'masuk' lagi. It was quite a stressful weeks couldn't befriends with all. Rasa macam tak berapa dilayan. Rasa macam, who am I? Okay, I am no important. Rasa terlindung. Melukut di tepi gantang. (Hasil overthink). Tapi kemudian, dah dapat laa 'masuk' slow-slow. Tapi paling rapat dengan Diba lah. Adalah yang lain-lain tu yang group skali. Aku group A, skali dengan Diba jugek. Group A Cemerlanggg!- Ija

Then, bulan Februari, aku pergi interview Puncak Facilitator Club. Time tu harap sangat dapat jadi ahli facilitator.  Alhamdulillah diterima antara 50 orang yang berjaya menjadi ahli baru. Antara yang menjadi musabab nak masuk faci ni adalah saki-baki kecewa tak dapat sambung medik tolong orang. But hey, aku dapat satu prinsip. "Tak tunggu jadi doktor baru nak tolong orang. Be your own hero, benefit the others".

Silibus sem 1 banyak yang basic-basic sahaja (sahaja??? pun tough maa), macam Optics, Microbiology, Genetics, Anatomy and Physiology, Biochemistry,, apa lagi.. Titas, Mandarin.. tak ingat dah.

Masa sem satu aku study hard sangat-sangat, tapi malangnya masa exam tak dapat buat betul-betul. Stress dan kecewa sangat-sangat hanya Allah yang tahu. Mengadulah kat mama.
"Itu lah ngaji kuat dooh pung maso exam tok leh jawab," kata mama. Dari situ, aku fikir, InsyaAllah, lebih baik aku enjoy degree life, enjoy study dan yakin, setiap ilmu yang aku dapat itu adalah kepunyaan Allah. Apa yang aku dapat adalah belas kasihan dari Allah dan itulah rezeki aku. Slow-slow bergerak, kalau lari, kang mudah jatuh, sakit dapatnya. Kalau jalan elok-elok, tapi laju dan berterusan sambil menikmati keindahan yang Allah bagi, InsyaAllah yang aku dapat itu lebih bermakna. InsyaAllah. Redha Allah. Ingat Allah. hehe.

Sem satu juga, masa nak dekat-dekat exam, aku telah pecahkan rekod blood pressure paling rendah dalam sejarah hidup aku ketika demam panas 40 degree, iaitu 60/40. Pergi Unit Kesihatan nak mintak MC, tapi ditahan di sick-bay, kene masuk air dua botoi. Pengalaman pertama. Alhamdulillah tiada komplikasi yang lebih parah. Sem satu aku banyak sakit maa... Keputusan sem 1 Alhamdulillah aku terima seadanya.

Orientasi September 2013. Mula-mula kami terdiri daripada 32 orang. Sekarang tinggal 27 orang.


Le housemates ! A1207. Husna and Diana. Gambar masa sertai Going Green tanam-tanam pokok. 

Classmates.. Warna merah kasi banyak itu Onggggggggggg!!!!!
Kat Dewan Kuliah. They made my first semester. Jangan takut, kami optometrist yang lemah lembut di sebalik tabiat kami yang suka selfie_ Sila cari kesinambungan ayat tadi.

SEMESTER 2 (Mac-Julai)

Semester dua agak sibuk dan mencabar. Hm,, belum tentu dapat diterangkan dengan kata-kata. haha. Diri sendiri pun tidak percaya telah berjaya mengharungi semuanya. Doakan keputusan final sem 2 ku. Semoga baik-baik saja, lulus semuanya. InsyaAllah cemerlang, meski tidak bagi dekan tapi diri sendiri lebih tahu kemampuan dan yakin rezeki Allah. :) InsyaAllah :)

Cepat masa berlalu. Banyak aktiviti yang diadakan oleh OPTMIST (Persatuan Pelajar-Pelajar Optometri). Tidak tahu mengapa aku rasa rugi tidak ikut serta dalam menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada penggerak dan pengusaha Optimist. Aku telah menolak peluang berbakti kerana risau akan komitmen terhadap PFC akan terjejas. Aku pula berharap aku tetap dengan PFC walaupun hati aku macam dilambung-lambung ombak yang sedikit lagi mahu karam, juga seperti meniti titian halus yang sedikit lagi mahu tergelincir. Harap-harap aku masih setia walaupun apapun yang berlaku. Ayat x buleh blah, but seriously I am serious.

Okay dimulakan dengan silibus yang semakin spesifik.
Visual Optics (4credithour) #VOldermort
Clinical Optometry I (4credithour) #CarbonmonOxide
General and Systemic Pathology (3credithour) #PATHOpathogentlemen
Ophthalmic Optics (2credithour) #OhOhhhhh
Ocular Anatomy and Physiology (2credithour) #OoooAaahhhh
Mandarin Level II (2credithour) #shenmelaiwanle
Malaysian History (2credithour) #sejarah
English for Critical Academic Reading(2credithour) #Erk
Pertolongan Cemas (1credithour) #budaksekolah
Total credit hours = 22 *ternyata Optometry bukan calang-calang course seperti yang kusangka*

Bermula dari Batch 8 yang menggunakan kod HS246, telah berlaku sedikit susunan semula silibus. Kami first year sudah perlu ambil Clinical Optometry I [CO1]. Maka lintang-pukang kami mencari supplier untuk order Retinoscopy dan Ophthalmoscopy. Hehe. And tada ! I spent RM 2K plus for them ohh. The most expensive appliances I've ever bought. -_-' Tetapi demi belajar... Dapat pulak Madam Elly cantik ajar kitorang :D
English...aku rasa aku makin tak reti ber-Engelicsh. Mandarin II, susah 3x than Mandarin I.
VO? susssssssaaaaahhhhhhhhh examnya, tapi besssssttttt belajarnya boleh tahu selok belok mata berkaitan dengan phenomena cahaya serta formula-formula dan kira-kira. Alhamdulillah.
OO tu belajar kenal specs. OA belajar anatomy mata lah, belajar senang, exam ? Perrrhhh.....
Patho ? No comments.
COI? Belajar berclinical. Basic-basic dulu. Objective and Subjective Refraction, untuk screening mata. Tapi sangat basic.
Hey what do you mean sangat basic? Basic pun dah susah ke Omaigad. Ya Allah

Sem dua jadi rumate dengan Tasha (classmate) ! Tak sangka langsung dalam fikiran boleh berumate dengan Tasha anak bumi kenyalang. Hehe. Mula-mula agak kekoklah, but then she was sooooo fun ! Roomate foreva bak katanya. Syera (juge classmate) pun duk serumah kolej itu. Syera jugek funnnn dengan keceriaan dan loghat Pineng nya beserta pipinya yang aku rasa nak cubit setiap kali aku tengok ! Heh tak sangka classmates aku rupenya vogue-vogue, havoc-havoc. Harap-harap kita dapat kolej lagi lah next sem yea. :D Best keluar sesama. And tak lupa jugek, Azreenn my new twin haha, orang kata..

Surprise birthday party-lah-sangat utk Sir Saiful ! Almost tak jadi. Sir jangan marah Sir. Hehe kelakar tgk video tp seram jugek kalau Sir bengang eh. Pelakon terbaik Fida, Kak Nida and semua lah. Happy "92nd" birthday . Berapa hari bulan dah? lupeee heh
Optometry Athletic Championship OAC (10 Mei). Hehe tak tau pulak masuk U pun ada sukan lagi. Aku ni pun masa U ni lah baru nak try maen sukan yg ada rules pelik-pelik tu. Hik hik. Masa sekolah dulu sports loser. Lari boleh laa.. haaa Aku? nak ingat rules masa main? Baik study hafal patho_ Ceh_  :P =..=

Femos V3, Festival Mega Sports Version 3 (12 Mei 2014).  Hmm.. Dengan ini beta dan Tasha ber'tekad' akan meneruskan aktiviti sehat ini.... Tahun depan Tasha akan memegang takhta basketball and handball. Manakala kama akan memegang futsal, badminton, handball, net ball, basket ball, erhhhmmmm apeee lagi ya? Beta lupeh. Dan beta akan tubuhkan marching band yang megah ber-suit-kan pahlawan dan kesatria The Great Wall of Chinaaaaaaaaa yang menghalang Gummy Bears daripada meng-ungkas masuk ke Istana Kota Larangan mengacau Gundik-gundik cantik ayu bertudung kuningggg nehe
 (ungkas, Kelantan means panjat, nehe 'nairhair' adlh kata ganda berganda bagi kuning yg menunjukkan kuning yang teramat-sangat)

A Night to Remember 2014 (26 June). Awesome, felt like in the midst of 60's Fairy tail. Beautiful ladies. Handsome gentlemen. Magnificent fullfilment. Sweet decor.
"First year pakai macam _____." Fill in the blank yourself. I tak dengar yg blakang tu sbbtu I kosongkan heheh. Well it was a complement, I guess. Bak kata Tasha be positive ! :D Hehe. Thanks to Fyda, our self-service-make up sponsor. I learnt about BB and CC. Brows erm whateva I couldnt remember what it's called

Outing outing. Kuat jjale Sem 2 ni. hehe kuatlah sangat... Ini semua Tasha Shila punya pasal _! hehe...takde lah. :P

Bercakap tentang Tasha Shila. Tasha Shila adalah gelaran daripada Kak Amal Herbalife duduk depan rumah kitorang. Hehe. Sangat friendly punya senior. Selalu datang singgah rumah kitorang. Singgah mandi singgah berbual singgah tidur singgah tengok orang tidur singgah curi meja study orang singgah singgah macam macam lagi lah. Haahaha. Kak Amal comelnya dia... Thumbs up!!!!! Hehe. Dia sempai kepada Diba. Eh lupa nak cakap..haa..Diba.. awal-awal sem dua lagi dah berhenti pengajian Optometry, sebab dapat tawaran Dentistry di Indonesia di bawah UKM. Tahniahhh...!

Pencapaian? Hahaa.. nak cakap jugek, jgn gelak dengan pencapaian ku karena itu sahaja yg ku sertai. Itu jelah antara kenangan manis aku sem 2 hahaa.
1) Tempat ketiga Pertandingan pecah rekod panjat tangga bangunan FSK sampai tingkat 17. Hm walaupun xpecah rekod nombor satuu, tetapi aku anggap pecah rekodlah untuk diri sendiri sebab panjat pakai baju kurung kan. Sampai hati kawan2, semua cakap nak pakai baju kurung tapi tengok2 pakai seluar. Malu I, terpaksalah warming up dengan ayuuuu... Hm, Ija pula dapat no 2 !! waduuhh thumbs up !
2) Tempat pertama Pertandingan Reka Cipta dari barangan terbuang dianjurkan EHSAN. Group dgn Azreen and Fitri. Bidang terjun. Teroka dua blok kolej selongkar tong sampah each level LOLs nak cari barang kitar semula. Kami menang dengan rekaan inovasi daripada botol plastik dan kertas surat khabar, menjadi multifunction stool, atau dengan nama komersialnya : SeaTable ! 3 in 1 function item. Sangat kukuh, sudah diuji dengan berat 40kg yang berdiri di atasnya. Berminat? Call us now! ><,
3) Tempat pertama pertandingan ala-ala explorace yang diadakan waktu MegaUsrah. *etceli x ingat ape tajuk sebenar*. To be honest, sblm usrah tu rasa malasss sangat. Banyak kerja. Hati macam nak tak nak aje. Pakaian malam tu pun baju tak proper. Tetiba pergi tu wahhh ada apa ni? Usrah special gabung semua Pundana skali. Ramai-ramai. Perghhh. Rugi datang lambat dah half-way dah. Ustaz bg usrah best. Sir wa hazar. Then ada game explorace cari bahan makanan nak wat dessert pulak. Setiap check-point ada soalan, and share2 apa yang nak diberitahu. Serooonooookkk lah pulak! Eh last last baru tau itu pertandingan. Eh tup tup nombor satu pulak group aku. Subhanallah...Tak rugi pergi hari tu. Alhamdulillah.
4) Tempat ke-tujuh FEMOS run 5 kilometer. hehe. Sape suruh nak give up?? Kalau tak boleh lah jugak no 4 ke 5 ke. Eceh. Pengajaran. Ada pingat tapi tak terambil. Alaaa

Hik hik. Ok that's all. Thank you. Sem 3 a.k.a Tahun kedua, see you InsyaAllah

#PrayforGaza #PrayforMH17

I was crying overwhelmed to know my JPA rayuan was successful, when the beautiful evening started to drizzle

8 comments:

  1. Saya dpt opto uitm. If you don't mind i nk tanya few things

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Che Nin, welcome to Optometry UiTM. Awk bakal jd kohort/batch ke 12. Nak tanya apa tu? I will answer your questions as much as I can. Che Nin boleh jgk jenguk blog optimistuitmpuncakalam.blogspot.com atau Ig @optimistuitm , atau FB private group UiTM OPTOMETRIST TO BE

      Delete
  2. Saya dpt opto uitm. If you don't mind i nk tanya few things

    ReplyDelete
  3. nak tanya berapa pointer untuk lepasan matrik?

    ReplyDelete
  4. Salam kak.Blh cite in detail tak pasal course outline? Btw requirement utk lepasan diploma uitm mcm mana?

    ReplyDelete
  5. Ada qualification nak masuk and competitive x nak masuk

    ReplyDelete
  6. Assalam kak ada tak any socmed yang boleh saya tanya pasal ni kat akak ?kat sini susah huhu ..

    ReplyDelete