Aku mengucap selamat dan bertanya khabar.
Kawan : Alhamdulillah okay la jugak. Ada yang susah tu susah. Biasala tu. Huhu. Kenapa Liah nak semangat daripada sy? Liah macam mana study skarang? Kenapa Smiley sedih tu?
Liah : Haha. XTau la.. Saya duduk UiTM Palam rasa rendah diri gilea, semua pandai2. Hehe. Saya slow je.
Kawan : Allah, biasa la tu. Kena ada persaingan baru jadi semangat nak lawan orang. Kalau kita selalu kat atas, takut leka pulak. Ada hikmah la tu Liah dapat belajar kat Palam. Ada hikmah blaka tu Liah. Hadapi je. Saya pun agak teruk sekarang. Math pun teruk. Tapi wat rilek je la. Haha.
Liah : Math... hurmm, sangat teruk test baru ni. Saya tak tau nak bagi tau sapa.. Nak cari yang boleh ajar slow2 pun susah. Adoi, rasa macam nak lemas.. Rindu sangat kat 5 Taqwa dan cikgu2. Haha, apa ni?? orang nak happy2 raya ni kan? Kesian awk nak kena layan. Thank You yea, awk dah bagi semangat dah tadi.
Kawan : Jangan la macam tu. InsyaAllah nanti akan ada zaman kebangkitan awk pulak. Don't stress2 la. Huhu. Tak apa, dah biasa sedih2 d hari raya ni..
Liah : Aaa.. rasa macam nak nangis awk cakap macam tu. Kat sana macam lonely and abandoned.. Em, InsyaAllah.. semoga Allah tolong kita semua. Thank you again. Love you.
Kawan : Aaamiiinn.. Yang penting jangan berhenti usaha. Itu je kan? Allah akan tolong orang yang istiqamah berusaha. InsyaAllah. Love you too.
Liah : Aamiinn ya Rob. ^_^
Nur Syahirah binti Hussin. Itulah namanya. Seorang kawan pada zaman bangku sekolah. Seorang kawan yang sangat berterus-terang. Dek kerana itulah jua dulu aku sering terasa dengannya. Mungkin kawan-kawan yang lain juga sama. Namun tidak pula kami membencinya, apatah lagi menyimpan dendam. Dia dan aku, terpisah setelah tamat SPM. Aku tercampak ke Uitm Puncak Alam dan dia ke Kolej Matrikulasi Melaka.
Sungguh, keiskhlasannya berkawan, tiada langsung sifat hipokrit walaupun moodnya seringkali berubah-ubah, aku rindu dengan insan ini. Aku mahu bertemu dengannya. Berbual-bual atau berada sekelas seperti dulu, kalau mungkin?
Aku bukanlah satu geng dengan dia. Aku bukanlah rapat serapat kawan karib yang berkongsi rahsia-rahsia. Aku dan dia punyai ukhwah yang terbina hanya bermula tingkatan tiga, ketika kelas yang mengambil Bahasa Arab komunikasi perlu bergabung menjadi satu kelas. Namun, dia sungguh prihatin dengan kawannya ini. Walaupun sms ku tidak bermaksud ingin meluahkan pada awalnya, tapi dia bisa menghidu kesuraman kawannya ini dengan hanya sebutir smiley sedih yang ku tambahkan!
Alhamdulillah.. Pada saat menghilangnya semangatku, Allah mengutuskan sahabat, mengembalikan keyakinan yang semakin lenyap. Lenyap dari seorang hamba yang hina, namun kerana kasih sayang Allah atas hamba-hambaNya, diuji mereka dengan sedikit ujian sebagai peringatan. Mengingatkan hambanya supaya tidak sombong dan sentiasa merendah diri serta bersyukur.
Surah 16 An Nahl 23
لا جَرَمَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ
|
"Tidak diragukan lagi bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong"
Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.
Surah 17 Al Israa 83
وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الإنْسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَى بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَئُوسًا
|
"Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia nescaya berpalinglah dia dan membelakangkan dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan nescaya dia berputus asa"
Astaghfirullaahal'aziim..
Allah tidak mahu aku sombong. Allah tidak mahu aku sentiasa dalam kesenangan sehingga aku lupa akanNya. Allah mahu aku merasai kemanisan setelah merasai kepahitan, kerana kalau sentiasa rasa manis sahaja, tidak mungkin dapat menikmatinya tanpa dapat membandingkan rasa itu dengan pahitnya kepahitan. Bayangkan hidup dengan satu rasa? Sebenarnya tiada rasa apa-apa, bukan? Semua itu Allah yang aturkan. Semuanya hanya Allah sahaja yang kurniakan. Berdoalah. Bertawakallah selepas kamu berusaha. InsyaAllah. Yakin dengan segala-galanya..
Alhamdulillah Ya Allah. :)
Ya Allah, sejahterakanlah sahabat-sahabatku.
No comments:
Post a Comment