Friday, 10 February 2012

Result SPM oh

Assalamualaikum..
Sekadar gambar hiasan



Aduh-aduh... baru ni dengar keputusan SPM 2011 dijangka keluar 22 Mac ini.. Lega sikit sebab pernah dapat khabar angin result keluar bulan 2 atas sebabnya ada pilihanraya umum. Masa dapat tahu tu mesti la berdebar kan. Tapi bila fikir balik, baik cepat-cepat dapat, lepas tu tak payah dah nak risau pasal result, terus focus risau pada hala tuju ke mana lepas ni.

Sebenarnya, saya berdebar sebab takut la tak dapat result yang diharapkan diri sendiri, mama ayah dan pihak sekolah.. Takut jugak kalau-kalau ada yang expected lebih daripada apa yang saya mampu..
Then, berdebar-debar macam ni, bila terfikir yang Allah dah rancang yang terbaik buat hamba-hambanya, semua runsing pun terus hilang. Malah, macam nak suruh esok jelah keluar.

But still, honestly memang ada juga lagi sikit-sikit takut tu. Kalau tak rasa langsung, itu petanda tak normal la tu. At least bila kita takut dan resah, maknanya kita fikir jugak tentang masa depan macam mana. Lepas tu, bila gelisah takut berdebar macam tu, selalunya masa tulah kita ingat kepada Allah, tambahkan ingatan kita kepadanya, berdoa kepadaNya, bukan terus-menerus leka dibuai mimpi seronoknya lepas SPM.

Perlu fikir juga, kita budak lepasan SPM, kita sudah bebas sekolah, ada yang cakap dulu mereka dikongkong cikgu la, tapi tak bererti kita sudah merdeka sepenuhnya, tamat segala-galanya.. Pada saya dan tentunya kebanyakan yang lain, bahawa ini baru permulaan pelayaran kita, kita ni macam baru sudah isi minyak penuh-penuh agaknya la.. dan Waktu lapang panjang begini elok dihabiskan dengan segala macam persediaan masa hadapan...bagaimana itu? Fikir-fikir~:D

No comments:

Post a Comment