Monday, 30 January 2012

Kisah Kelahiran Kami Si Kembar (Part II)

Assalamualaikum, bertemu kembali sambungan Kisah Kelahiran Kami Si Kembar...

Segala persediaan untuk deliver Caesarean telah dipersiapkan secara rapi dan teliti untuk mengurangkan risiko komplikasi. (Ceyy, mana tahu?). Hari Khamis sudah bertukar hari Jumaat 28 Januari 1994 yakni bersamaan 16 Syaaban 1414.


Mama telah disuntik dengan epidural anesthesia (sejenis bius) dan bius itu mengalir sepanjang team obstetricians perform Caesarean section.
Sekadar gambar hiasan
Mama masih sedar, tapi agak lali. Mungkin dosage yang diberikan agak banyak kot. Doktor menggunakan scalple untuk membelah perut mama, selapis demi selapis. Ouch!! Ngilu rasanya, itu mama yang cakap, mungkin sebab bius belum betul-betul jadi. Tepat jam 2.33 pagi, bayi pertama berkedudukan songsang seberat 1.76 kg selamat dikeluarkan. Kaki yang terkeluar itu kepunyaan bayi pertama. Ayah yang kebimbangan dan kerisauan serta gabra turut berpeluang menyaksikannya. Selang satu minit kemudian, bayi kedua seberat 1.92 berjaya dikeluarkan juga. Alhamdulillah, syukur kepada Allah... Waktu bayi dikeluarkan, mama yang dalam keadaan sedar-sedar tidur dapat merasainya. 
" Bergoncang-goncang badan mama," mama pernah bercerita kepada kami... 

Maybe beginilah contohnya. Warning!! Tak payah tengok kalau lemah jantung.




Terfikir juga tentang ayah, bagaimana ye perasaan dia apabila melihat bayi kecil kurus tapi panjang, yang menangis innocent itu saat dikeluarkan dari perut , dan sekarang anak-anaknya dah besar panjang. Dah boleh berdiri berkawad, berlari jarak jauh, bercakap, belajar, bahkan sekarang dah habis sekolah, sedang menunggu keputusan SPM dan bakal menyambung pelajaran di menara gading! Insya-Allah..

Tok Ayah menamakan bayi-bayi itu dengan nama yang membawa erti Cahaya Kesempurnaan. Maka, bayi pertama diberi nama Nur Kamilah dan bayi kedua diberi nama Nur Kamaliah. Dua-dua bayi inilah kami yang pernah berkongsi satu plasenta. 

Sebentar sahaja kami ditempatkan di dalam incubator. Kemudian doktor mengesahkan kami sudah cukup sihat untuk 'diberi layanan normal'. Alhamdulillah, kemudiannya dibawa pulang.

Sebagaimana teguhnya, tabahnya, tekunnya mama, dua puluh satu hari selepas Caesarean itu, mama kembali ke kampus di Pulau Pinang untuk menyambung dan bakal menamatkan pengajian final year nya yang tertangguh. Selama itu kami dipelihara oleh Tok Ayah dan arwah Tok Wan serta semestinya Ayah tercinta.

Rumah Tok Ayoh=]


We <3 Our Momma..! Do you love your mama? Terima Kasih Mama, for everything. Alhamdulillah 3ala ihsanika Ya Allah...

Sekian, begitulah ceritanya...<3<3<3

p/s :  Kisah ini ditulis berdasarkan cerita-cerita yang disampaikan oleh ayah dan mama kerana saya langsung tidak dapat mengingatinya sendiri. Maaf jikalau salah penggunaan term-term medical itu. Semoga pengajaran dapat diambil dan dikongsi bersama-sama.. :)



4 comments:

  1. Replies
    1. dah siap? huhu.. camna , kesian mama saya kan..? terima kasih lagi coz sambung baca walaopon agak boring ;D

      Delete
    2. ha'ah. masa bca 2 mcm rsa kesakitan 2. huhu. kasih diterima. xboring pun. dh la bnyk istilah-2 baru. hehe

      Delete
    3. ho, tula, time sapa kat istilah2 tu, penim sero nak describe gano, tak biaso atek term2 medik ni..haha, sorry lah kalo saloh ko gapo ;D

      Delete