Thursday, 1 March 2012

...Rumusan Lawatan Ke Karnival Jom Masuk U...

Assalamualaikum kawan-kawan, followers dan silent readers


Ini adalah sebahagian yang saya dapat daripada karnival jom masuk U tu. Sikit je, tak detail sangat. Tapi mungkin ada yang belum tahu? Btw, saya tak explain la pasal apa ada dalam pamphlets semua tu.. Banyak sangat kot. Apa yang saya tanya masa karnival lebih menjurus kepada untuk lepasan SPM, asasi, dan tak tanya pulak pasal diploma.



Universiti Sains Malaysia
  • Sebuah universiti APEX 
  • Tahun-tahun lepas, keputusan bagi kemasukan ke U ini awal daripada universiti-universiti lain. So, kena buat desicion betul-betul. Once orang tu terima untuk masuk ke USM, universiti lain yang apply terbatal. ( Wallahualam, ini mengikut senior-senior yang bagi tahu)
  • But start tahun ini, keputusan kemasukan ke USM sama dengan universiti-universiti lain yang diisi melalui borang online UPU
  • Nak masuk USM kena masuk asasi atau matriks dulu. Sebab tak ada diploma

Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Pun mesti dah habis matriks atau asasi jugak. Baru boleh apply. 
  • Tak ada tempat untuk budak lepasan SPM

Universiti Malaysia
  • Ada asasi. That's mean, budak lepasan SPM boleh apply program asasi tu dalam UPU lah kalau nak. (Asasi Sains Kesihatan, Asasi Sains Fizikal, Asasi ...)
  • Lepas tamat asasi, perlu isi lagi UPU untuk pilih universiti bagi sambung degree. Means, UM tak pegang budak tu, tak ada jaminan untuk terus berada di UM.
  • Ada juga diploma

Universiti Sains Islam Malaysia
  • HANYA untuk budak yang ambil aliran Sains Tulen Agama, yakni ada BAHASA ARAB. try refer Syarat Kemasukan ke Program Tamhidi
  • Menempatkan budak lepasan SPM sahaja. I mean, lepasan matriks atau asasi dah tak boleh masuk.
  • So, kalau nak masuk USIM, kena apply dalam UPU. Kalau dapat, dan memang nak, masuk lah
  • Sebab USIM ada program asasi dia sendiri, dipanggil program Tamhidi. Program Tamhidi ni macam asasi la, tapi dia lebih menjurus kepada degree yg nak ambil. Macam Tamhidi Pergigian untuk Ijazah Pergigian, bukan kalau asasi; Asasi Sains Kesihatan untuk ambil Ijazah Sarjana Perubatan
  • Then, kalau dah ambil Tamhidi kat USIM, tak boleh keluar ke U lain, sebab USIM dah pegang. So kena teruskan kat USIM
  • But still, kena dapat pointer yang bagus jugak, at least 2.0 ke tak silap. Kalau tak, kena tendang jugak
  • Biasanya yang straight A's SPM sahaja ditawarkan program Tamhidi Pergigian dan Perubatan
  
UiTM
  • Program ditawarkan termasuklah asasi, diploma dan degree
  • Macam UM jugak, lepas tamat asasi kena apply balik UPU. Sama ada teruskan di UM, jika layak atau keluar sambung degree di U lain.
  • Siapa-siapa yang mimpi nak ambil medik tu, sila dapat pointer 4.0 untuk asasi baru selamat sikit
  • Ada tanya pasal twinning program, tp orang dekat booth tu macam tak pernah dengar pun ada kat UiTM, maybe diorang tak termasuk dalam agency dia kot
  • Setiap program asasi , ditempatkan di UiTM yang berlainan. Macam Asasi Sains hanya ada dekat UiTM Puncak Alam. Degree medic pon hanya kat sana.
  • Diberitahu bahawa hanya 50 seats untuk dentistry di UiTM

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Hampir sama dengan USIM, tak perlu masuk matriks atau asasi dulu
  • UIA dah tawarkan program asasinya sendiri yang lebih menjurus terus ke arah degree yang bakal diambil
  • TIDAK hanya menerima pelajar yang ambil Bahasa Arab dalam SPM. 
  • Mesti belajar Bahasa Arab once masuk UIA as well as BI
  • Kalau ambik asasi UIA dah ada jaminan untuk berada di U tersebut. Yakni tak perlu apply UPU lepas tamat Asasi. Which also means perlu teruskan berada di UIA
  • Still kena score jugak dan mana-mana U pun tak kan boleh fail

Biasiswa JPA
  • Pelajar lepasan SPM tak perlu apply, kecuali yang ambil PILN, (eh betul ke encik tu cakap begini? Ah, tak kisahla, nak apply jugak)
  • Kalau sesiapa yang dapat course medic, automatically JPA pun dapat
  • Apa-apa pun, dia suruh refer this link

Bahagian Matrikulasi 
  • Tempat yang dapat nanti biasanya ikut pilihan pertama dalam borang
  • Maknanya, kalau dapat Melaka, kena duduk Melaka la, tak boleh tukar. Unless, kalau pelajar tu ada masalah kesihatan yang teruk, OKU dan sebagainya (bukan mak ayah yang sakit)
  • Kalau nak tukar tu kena buat surat
  • Keputusan boleh check bulan 4 nanti
  • Kalau tak hadir waktu pendaftaran, automatically dikira pelajar telah menolak tawaran
  • Kalau ambik asasi mesti dapat 4 flat. Kalau tak dapat, budak matriks berlambak lagi 
  • Result matrix diiktiraf oleh Universiti-universiti luar negara
  • Bahkan ada program untuk belajar ke luar negara dijalankan di matrix
  • Nak belajar luar negara boleh melalui PILN atau melalui KPM
  • Matriks terbahagi kepada dua iaitu Program pengajian 1 tahun dan 2 tahun.
  • 1 tahun dan 2 tahun pengajian itu tarikh masuknya sama, belajar perkara yang sama, cuma yang dua tahun dipanjangkan waktu pengajiannya sahaja. 1 tahun pengajian ada dua semester, 2 tahun pengajian ada 4 semester
  • Pembelajaran dari 8 pagi sehingga 5 petang
  • Kat matrix ada subjek tambahan.. BI, Pengajian Islam, kemahiran dinamika, teknologi maklumat dan kokurikulum. Kat asasi tak ajar
  • Sebanyak 25000 pelajar matriks setiap tahun. 
  • Encik tu ada ajar cara kira kelayakan masuk matrix, tapi tak berapa ingat la...  saya try ingat tapi ada macam something missing, ingat-ingat lupa gitu .. tapi try gak tulis , haha, saya tak jamin betul, i'm sorry!! Kalau salah, jangan saman saya..
    • Kalau dapat A+, mata dia 25
      • A+ : 25
      • A   : 24
      • A-  : 23
      • B+  :22
      • .and sooo on ( makin bawah tolak satu mata)
    • Contoh Pelajar P: BM:A, BI:A-, Math:A, SEJ:A, MTT:B, FIZ:A, BIO:C, KIM:A-, PAI:A 
      • maknanya: 
        1. [(24 x 0.09)+ (23 x 0.09)+(24 x 0.09)+(24 x 0.09)+(21 x 0.09)+(24 x 0.09)+(20 x 0.09)+(23 x 0.09)+(24 x 0.09)] 
        2. then darab 4.44
        3. then tambah dgn markah ko, contoh 6.1
        4. hasil bagi contoh=88.82
      • misalnya kalau tahun ni, pelajar yang ke 25000 dengan markah 85.01, bermakna pelajar P layak (wallahualam)
  • Dah masuk matriks, tapi nak keluar. Kalau tanpa alasan kena bayar. Kalau ada alasan seperti tawaran belajar ke, boleh buat surat dan sertakan dengan surat daripada universiti terbabit. Ramai pelajar matriks yang sengaja menggagalkan diri (dapat pointer rendah) untuk ditendang dan dapat keluar matriks

Huh, menyesal gila tak tanya pasal career apa paling dibutuhkan di Malaysia.. Otak jam sikit, duk lama-lama then banyak tanya soalan.
Paling penting,, sesiapa yang ada sebarang BANTAHAN atau TAMBAHAN,, most welcomed for that, Please.. Jangan simpan sorang-sorang

=]

No comments:

Post a Comment