Tuesday, 20 March 2012

Esok result? Esok result.

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum,,

Allahummaftah 3alaina futuuhal 3arifiinn...

_Paint_


Semoga kita semua beroleh kejayaan yang diimpikan




Ya Allah,
Engkau kurniakanlah keputusan yang terbaik untuk kami,
Jika tidak kami mendapat yang zahirnya kami mahu,
Tenangkanlah hati kami,
Tetapkanlah semangat kami.
Jika pula kami meraih apa yang kami kehendaki,
Tenangkanlah juga hati kami,
Tundukkanlah kami, ingatan hanya untukMu.
Pasrahkanlah hati kami menerima apa-apa jua yang Engkau berikan,
Redhakanlah hati guru-guru kami, kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami, serta sahabat-sahabat kami
Kerana itu yang kami mampu,
Sesungguhnya kami hanya mampu memohon,
Setakat itu juga kami mampu berusaha bahkan dengan izinMu jua
Tiada upaya kami mengubah walau sehalus debu,
Itulah ketentuan kami, rezeki kami daripada Engkau Ya Allah
Semoga kami redha
Apa-apa jua kami bersyukur
Kerana kami yakin,
Itulah yang bermanfaat buat kami
Dan Engkaulah yang lebih tahu apa yang baik untuk kami.
Amiiiiinnnnn..

---> Actually, mulanya, saya tidak bimbang sangat pasal result, tapi sekarang saya jadi lebih bimbang kenapa saya tidak terlalu bimbang. Saya fikir apakah Allah akan beri kepada saya? Saya terlalu yakin kah? atau saya sememangnya tak heran?-tidak wahai hati, jangan begitu...  Saya semakin bimbang.
Bagi saya, walau macam mana pun result, tak apa belaka. Alhamdulillah semuanya.
Tapi paling bimbang, memikirkan jika saya menghancurkan harapan pihak sekolah, ayah dan mama, high expectation saudara-mara dan kawan-kawan.

Ya Allah, semoga semuanya baik-baik belaka. Insya-Allah =] Amiinnn

No comments:

Post a Comment