Saturday, 28 January 2012

Kisah Kelahiran Kami Si Kembar

Saya sayang kembar saya
Assalamualaikum wbt.!

Kami dah 18 tahun!! Tua sudah... Insurans untuk kanak-kanak pun dah tamat, kad pengenalan dah pun perlu diperbaharui. Entah kenapa, takut jugak rasanya dah besar ni. Banyak lagi yang saya akan tempuhi, kat depan nun banyak lagi ranjau dan duri yang bersembunyi di sebalik semak samun. Rasa macam ini baru permulaan, macam bayi baru lahir versi baharu. Harap-harap dipermudahkan laluannya nanti, semoga Allah melindungi kami sentiasa daripada kaca-kaca tajam dan membantu kami melangkah di kawasan yang berliku-liku itu hendaknya.. -Inni 2akhof wa ma 2ana 2ahzan bi haza 3umri falhamdulillah wa 2ana jau3a li 2ihsanuka ya Allah... Officially saya dan kembar dah memang bukan budak sekolah lagi. Unless, kalau masuk form 6, ambil STPM.



Sempena ulang tahun kelahiran kembar saya, Kamilah dan tentunya saya yang ke 18 ini, saya mahu berkongsi kisah kelahiran kami oleh mama kami yang paling kucintai <3<3<3 ... Ah! Thousands of words still can't (NEVER!!) describe the feeling... 

Waktu itu mama sedang menjalani pengajian final year-nya di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Hari Khamis 27 Januari 1994. Mama telah menempah tiket penerbangan pulang ke Kota Bharu Kelantan menaiki kapal terbang MAS. Mama hampir-hampir tidak dibenarkan on board sebab masa tu perut mama besar sangat-maklumlah dua orang bayi dikandungnya ketika itu. " Jangan runsing, tak beranak lagi..." tenang aje mama bersuara,tapi meyakinkan. Akhirnya mama dibenarkan menaiki pesawat... 

Lahir atas kapal terbang? hoho.. Alhamdulillah mama dan bayi-bayi dalam kandungannya selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra tengah hari itu. Mama kemudian sampai pula di rumah Tok Ayah... 

Malam itu, ayah dan mama serta tidak ketinggalan anak sulung mereka, Saidah berumur setahun lebih yang comel dan montel itu makan angin di fun fair. Err.. maksud saya Karnival Terbuka USM di Kubang Kerian. Mama dan ayah bawak Saidah berjalan-jalan. " Nak naik itu..." haha.. Mungkin begitulah yang disebut anak sulung mereka, seraya mungkin juga jarinya menunding. Menunding ke arah kereta api..(alaa..bayangkan apa ada kat fun fair tu, bukan roller coster..) Mama pun temanlah anak kecil dia bersuka ria, yea tentulah bersama-sama kami dalam kandungannya... Maklumlah, mama kan baru balik dari jauh, mestilah rindu anak.  Anak pun pasti rindu nak bermanja dengan mamanya.

(sekadar gambar hiasan) yang macam ni kot
Bukan yang ni
(Sekadar gambar hiasan)
Selepas itu mereka pulang semula ke rumah Tok Ayah. Kepenatan semuanya lebih-lebih lagi mama yang sarat berbadan tiga itu. Lewat malam, pukul dua belas lebih, masa tu ready nak tidur ataupun mungkin sudah tidur, bayi dalam kandungannya menendang. (Kami la tu.. Aduh sorry mama, kami x berniat...) Baby nak keluarkah? Sepatutnya lagi tiga minggu dijadualkan bersalin. Tiba-tiba kaki sebesar ibu jari terkeluar..(!) Kasihan mama kesakitan. Ayah panik, bergegas bawa mama ke Hospital Besar Kota Bharu HBKB , atau sekarang dikenali dengan nama Hospital Raja Perempuan Zainab II HPRZ II. 

Doktor Aziz, baru sahaja mahu pulang ke rumah, dia juga baru lepas melakukan Cesarean ke atas beberapa orang patient, segera kembali mempersiapkan diri untuk operate mama. Bilik operation juga dipersiapkan, sebagaimana mama turut dipersiapkan sesiap-siapnya. Ikuti sambungannya nanti..hua..Bahagian II




3 comments:

  1. best baca kisah ni. sabar menunggu sambungannya. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, thank you sudi luang masa utk baca..! hehe, dah keluar part II=]

      Delete